Mengenai Informatica 3.0

Matlamat Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) adalah menambah bilangan gunatenaga Bumiputera yang mempunyai keterampilan dalam bidang ICT. Oleh itu, operasi utama kolej adalah memberi pengetahuan dan menerapkan kemahiran/skil kepada pelajar sekolah menengah yang bakal meneruskan pengajian di KPTM Batu Pahat.

Program-program pengajian yang dikendalikan oleh pihak kolej juga menjurus kepada bidang pengkomputeran. Sehubungan dengan itu, program Informatica diwujudkan bagi menyemai minat bakal pelajar dalam bidang ICT. Perkataan INFORMATICA bermaksud Teknologi Maklumat yang diterjemahkan dari bahasa Spanyol.

Program Informatica pernah dilaksanakan sebelum ini iaitu pada tahun 2021. Program ini terbuka kepada semua pelajar Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat khususnya kepada pelajar program Diploma in Information Technology (CT103) dan Diploma in Computer System and Networking (CC103). Matlamat program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan teknologi maklumat dan rangkaian komputer dalam kehidupan seharian serta dunia pendidikan.

Evento

Mengenai Insight 2.0

Evento

Program INSIGHT (Igniting Success in Growing Human Resource Tenacity) adalah program yang akan dijalankan buat kali kedua di Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat. Nama program ini telah dinamakan semula dari nama HR ExLeP.

Program ini akan melibatkan kesemua pelajar Diploma in Human Resource Management (AB107) secara khususnya, dan juga pelajar-pelajar dari program lain di Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat.

Program INSIGHT bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang aspek pengurusan sumber manusia. Dalam masa yang sama, program ini juga dilihat dapat mendedahkan pelajar hal-hal berkaitan dengan pengendalian program/majlis/aktiviti serta pengalaman untuk berinteraksi dengan pihak yang terlibat

Aktiviti Informatica 3.0 & Insight 2.0

Kuiz dan Pertandingan

Kuiz ICT

Menguji pengetahuan tentang Teknologi Maklumat di kalangan pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah.

Sasaran Penyertaan:
Pelajar sekolah menengah


read more

Treasure Hunt

Menguji pengetahuan pelajar baharu dan pelajar sekolah berkaitan dengan pengurusan sumber manusia.

Sasaran Penyertaan:
Pelajar sekolah menengah Pelajar KPTM Batu Pahat

read more

Secret Code

Menguji pelajar-pelajar mengenai pengetahuan tentang enkripsi dan dekripsi di dalam Teknologi Maklumat selain dari kreativiti pelajar mentafsir soalan.

Sasaran Penyertaan:
Pelajar KPTM Batu Pahat

read more

Problem Based Coding

Menguji peserta-peserta mengenai kemampuan menulis aturcara dalam masa yang ditetapkan

Sasaran Penyertaan:
Pelajar KPTM Batu Pahat

read more

Network Explorace

Menguji pengetahuan pelajar berkenaan Teknologi Maklumat dan Rangkaian.

Sasaran Penyertaan:
Pelajar sekolah menengah

read more

Pameran & Seminar

Seminar Perundangan

Memberi pendedahan dan pengetahuan yang lebih mendalam kepada pelajar semester 4 Kolej Poly-Tech Mara, Batu Pahat berkenaan hak-hak pekerja di tempat kerja.

read more

Seminar Kerjaya & Resume

Memberikan perkongsian dan pengetahuan berkenaan dengan pembangunan kerjaya & resume kepada pelajar semester 6 yang akan ke Latihan Industri

read more

Career Show

Menawarkan platform kepada pelajar Semester 3 program Diploma in Human Resource Management (DHRM) untuk memaparkan visi kreatif mereka, serta membina keyakinan dalam diri mereka.

read more

Pameran Agensi

Memberi pendedahan kepada para-pelajar mengenai pengurusan kewangan, perlindungan keselamatan pekerja, keselamatan diri, bahaya penggunaan dadah dan manfaat penglibatan dalam khidmat masyarakat

read more

Pameran Pelajar AB107

Memberi pendedahan tentang kursus yang didalami oleh pelajar Diploma in Human Resource Management sepanjang pengajian di Kolej Poly-Tech Mara, Batu Pahat



read more

Seminar IT Talk

Memberi pendedahan dan pengetahuan yang lebih mendalam kepada pelajar berkenaan perkembangan dan evolusi terkini Teknologi Maklumat serta peranan dalam industri 4.0




read more

Pameran Games & Multimedia

Mempamerkan hasil kerja projek-projek pelajar tahun akhir (Aplikasi Games dan Multimedia) bagi program Diploma in Information Technology Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat

read more

Tentatif Program Informatica 3.0 & Insight 2.0

Evento

Evento

Lokasi Pertandingan

event

Turut menjayakan