Network Explorace

Ringkasan Pertandingan

Menguji pengetahuan pelajar berkenaan IT dan rangkaian.

Pemenang
event Hadiah Utama
RM200

dan Sijil Digital

event Tempat Kedua
RM160

dan Sijil Digital

event Tempat Ketiga
RM120

dan Sijil Digital

event Tempat Ke-4 hingga Ke-10
RM80

dan Sijil Digital

Lokasi Pertandingan

event


SYARAT PERTANDINGAN

  1. Terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah menengah daerah Batu Pahat yang terpilih.
  2. Setiap kumpulan terdiri daripada Empat (4) orang pelajar sekolah.
  3. Pelajar perlu memakai pakaian yang bersesuaian sepanjang pertandingan dijalankan.
  4. Penganjur pertandingan BERHAK untuk membatalkan penyertaan yang didapati melanggar atau tidak mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan.
  5. Penganjur pertandingan berhak untuk menukar, meminda, memotong atau menambah terma dan syarat pertandingan ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan semua peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

PENJURIAN PERTANDINGAN

  1. Setiap kumpulan perlu melalui setiap checkpoint yang disediakan mengikut petunjuk yang diberi.
  2. Setiap kumpulan perlu menyelesaikan soalan yang diberi dengan betul di checkpoint tersebut.
  3. Bukti/jawapan yang telah dikumpul perlu diserahkan kepada Urusetia di checkpoint terakhir.
  4. Kumpulan yang sampai di checkpoint terakhir dengan bukti/jawapan yang betul serta masa terpantas dikira sebagai pemenang.
  5. Kumpulan yang melangkau checkpoint dianggap melanggar peraturan pertandingan dan tidak dikira sebagai pemenang.
  6. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang bantahan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.