PROBLEM BASED CODING

Ringkasan Pertandingan

Menguji peserta-peserta mengenai kemampuan menulis aturcara dalam masa yang ditetapkan

Pemenang
event Tempat Pertama x 3
RM100

dan Sijil Digital

event Tempat Kedua x 3
RM75

dan Sijil Digital

event Tempat Ketiga x 3
RM50

dan Sijil Digital

event Saguhati x 6
RM20

dan Sijil Digital

Lokasi Pertandingan

Makmal Komputer 1 & 2, Block C

event

SYARAT PERTANDINGAN

  1. Setiap peserta dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
  2. Peserta dikehendaki menggunakan bahasa pengaturcaraan C++ Programming sahaja.
  3. Pertandingan dijalankan secara DUA (2) peringkat:
    1. Peringkat pertama :
      • Soalan akan diberikan dan perlu diselesaikan dalam tempoh 45 minit.
      • Markah akan diberi kepada jawapan yang paling tepat dan memenuhi kehendak setiap soalan.
      • Hanya mereka yang layak akan dipanggil untuk menyertai peringkat kedua pertandingan.
    2. Peringkat kedua:
      • Soalan akan diberikan dan perlu diselesaikan dalam tempoh 1 jam.
      • Markah akan diberi kepada jawapan yang paling tepat dan memenuhi kehendak setiap soalan.
  4. Peserta perlu menghantar jawapan dalam format .cpp atau .txt melalui pautan google form yang akan disediakan atau email kepada pegawai berkenaan ( sebagai pilihan kaedah penghantaran ).
  5. Peserta yang lewat menghantar jawapan tidak akan dilayan.
  6. Penganjur pertandingan BERHAK untuk membatalkan penyertaan individu yang didapati melanggar atau tidak mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan.
  7. Penganjur pertandingan berhak untuk menukar, meminda, memotong atau menambahterma dan syarat pertandingan ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan semua peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

PENJURIAN PERTANDINGAN

  1. Setiap jawapan yang diberikan akan dinilai oleh juri yang berpengalaman, penjurian dibuat semasa hari pertandingan.
  2. Jika ada markah yang sama antara peserta, masa menjawab yang terpantas dan efisen pengkodan aturcara akan dikira sebagai pemenang.
  3. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang bantahan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
  4. Pemenang pertandingan akan diumumkan semasa Majlis Perasmian dan Penutupan Informatica ’23 pada 10 Ogos 2023 (Khamis) dan pemenang perlu berada di lokasi pada masa tersebut.