Kuiz ICT

Ringkasan Pertandingan

Menguji pengetahuan tentang Teknologi Maklumat di kalangan pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah.

Pemenang
event Tempat Pertama
RM50

dan Sijil Digital

event Tempat Kedua
RM40

dan Sijil Digital

event Tempat Ketiga
RM30

dan Sijil Digital

event Tempat Ke-4 hingga Ke-20
RM20

dan Sijil Digital

event Tempat Ke-21 hingga Ke-30
RM10

dan Sijil Digital

Lokasi Pertandingan

Makmal Komputer 1 & 2, Block C

event

PENGGUNAAN APLIKASI / MEDIUM SOALAN KUIZ

  1. Peserta akan menjawab soalan menggunakan platform atas talian iaitu “Google Form”.
  2. Pautan soalan kuiz akan diberikan di dalam makmal komputer sejurus sebelum pertandingan bermula.

SYARAT PERTANDINGAN

  1. Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di sekitar Batu Pahat, Johor (Tingkatan 4 & Tingkatan 5).
  2. Penyertaan adalah percuma dan terhad kepada sekolah yang ditetapkan.
  3. Seorang peserta untuk satu penyertaan sahaja.
  4. Pertandingan ini akan dijalankan di Makmal Komputer Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat dan dijalankan secara atas talian (online). Peserta akan menjawab soalan menggunakan komputer yang telah disediakan di Makmal Komputer tersebut.
  5. Peserta perlu melayari pautan yang akan diberikan oleh pihak penganjur dan perlu menjawab soalan-soalan yang disediakan di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
  6. Pertandingan kuiz ini akan dijalankan sebanyak satu pusingan sahaja.
  7. Nota dan sebarang peranti elektronik tidak dibenarkan semasa pertandingan berlangsung.
  8. Penganjur pertandingan BERHAK untuk membatalkan penyertaan yang didapati melanggar atau tidak mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan.
  9. Penganjur pertandingan BERHAK untuk menukar, meminda, memotong atau menambah terma dan syarat pertandingan ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan semua peserta akan terikat dengan perubahan tersebut

PENJURIAN PERTANDINGAN

  1. Setiap jawapan yang diberikan akan dinilai oleh sistem kuiz.
  2. Sekiranya markah adalah sama antara peserta maka masa menjawab yang terpantas akan dikira sebagai pemenang.
  3. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang bantahan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
  4. Pemenang pertandingan akan diumumkan semasa Majlis Penyampaian Hadiah.