Treasure Hunt

Ringkasan Pertandingan

Memberi pendedahan dan menguji pengetahuan pelajar baharu program Diploma in Human Resource Management (DHRM) dan pelajar sekolah berkaitan dengan kepimpinan, kerja berkumpulan dan pengurusan sumber manusia.

Pemenang
event Tempat Pertama
RM150

dan Sijil Digital

event Tempat Kedua
RM100

dan Sijil Digital

event Tempat Ketiga
RM70

dan Sijil Digital

event Tempat Ke-4 hingga Ke-10
RM50

dan Sijil Digital

Lokasi Pertandingan

event


SYARAT PERTANDINGAN

  1. Terbuka kepada semua pelajar semester 1 DHRM sesi Julai 2023 dan pelajar-pelajar sekolah menengah daerah Batu Pahat yang terpilih.
  2. Bagi kategori pelajar semester 1 DHRM KPTM Batu Pahat, setiap kumpulan terdiri daripada Lima (5) orang pelajar. Manakala bagi kategori pelajar sekolah menengah, setiap kumpulan terdiri daripada Tiga (3) orang pelajar.
  3. Pelajar perlu memakai pakaian yang bersesuaian sepanjang pertandingan dijalankan.
  4. Penganjur pertandingan BERHAK untuk membatalkan penyertaan yang didapati melanggar atau tidak mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan.
  5. Penganjur pertandingan berhak untuk menukar, meminda, memotong atau menambah terma dan syarat pertandingan ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan semua peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

PENJURIAN PERTANDINGAN

  1. Setiap kumpulan perlu melengkapkan aktiviti / soalan / cabaran di setiap checkpoint yang disediakan. Terdapat 6 checkpoint bagi keseluruhan pertandingan Treasure Hunt.
  2. Setiap kumpulan perlu memastikan klu / puzzle yang diberikan oleh urusetia disimpan sehingga akhir pertandingan.
  3. Klu / puzzle yang telah dikumpul perlu diserahkan kepada urusetia di checkpoint terakhir.
  4. Kumpulan yang sampai di checkpoint terakhir dengan klu / puzzle yang betul dan lengkap, serta dengan masa terpantas akan dikira sebagai pemenang.
  5. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang bantahan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.