POLISI DAN PERATURAN
PERATURAN MAKMAL KOMPUTER
Pelajar-pelajar boleh memohon/menempah untuk menggunakan makmal komputer di luar daripada waktu akademik rasmi. Tertakluk kepada kelulusan permohonan, pelajar mestilah:
- Menurunkan tandatangan dalam buku tempahan penggunaan di Pejabat Sistem Maklumat Kolej sebelum masuk ke dalam makmal dan menggunakan mana-mana komputer.
- Mempamerkan kad pelajar sepanjang masa menggunakan makmal komputer.
- Menggunakan komputer mengikut peraturan yang ditentukan.
- Mendapatkan bantuan staf makmal sekirannya menghadapi sebarang masalah dengan penggunaan komputer.
- Melaporkan kepada staf makmal dengan segera sekirannya komputer tidak berfungsi.
- Berpakaian yang bersesuaian mengikut kod rupa diri dan pakaian (bahagian III klausa 12-16) peraturan-peraturan ini :
LARANGAN-LARANGAN
Pelajar tidak dibenarkan:
- Mengalih atau memindah peralatan dari tempat asalnya.
- Membawa makanan dan minuman ke dalam makmal.
- Mengguna komputer untuk permainan-permainan perisian (Software) kecuali untuk tujuan berkaitan dengan pelajaran dan dengan kebenaran pihak kolej.
- Menyebabkan gangguan atau gagal mematuhi peraturan-peraturan makmal komputer.
- Melayari laman web yang mengandungi unsur-unsur hasutan , lucah , perkauman , politik dan lain-lain yang tidak dibenarkan.
KUASA KAKITANGAN MAKMAL KOMPUTER
Kakitangan makmal komputer mempunyai kuasa untuk mengarah mana-mana pengguna yang didapati menyebabkan gangguan atau tidak mematuhi peraturan-peraturan makmal untuk meninggalkan premis makmal komputer.
Sila rujuk Buku Panduan dan Peraturan Pelajar (pindaan 2019).