PERATURAN ASRAMA
KEBERSIHAN & KEKEMASAN BILIK
- Bilik mestilah dalam keadaan bersih & kemas sepanjang masa. (kipas dicuci 2 minggu sekali).
- Tilam mestilah bercadar & bersarung.
- Meja tulis hendaklah sentiasa kemas & tersusun & bersih.
- Pakaian hendaklah sentiasa tersusun kemas & bersidai dalam almari. (tuala disidai di ampaian).
- Beg pakaian hendaklah disimpan didalam almari.
- Kasut hendaklah sentiasa tersusun di rak kasut yang telah disediakan.
- Dilarang membuang sampah sarap @ air minuman diluar tingkap bilik & kaki lima asrama.
- Pastikan sampah yang disapu tidak dibuang ke luar kaki lima asrama.
- Dilarang mengubah kedudukan meja, almari dan katil di dalam bilik.
UMUM
- Dilarang membuat bising.
- Dilarang bertukar bilik / membawa rakan / keluarga masuk ke dalam bilik.
- Wajib merekod keluar masuk asrama. (keluar / bermalam diluar asrama).
- Tutup kipas & lampu apabila keluar dari bilik.
- Kunci bilik & kunci locker hendaklah dijaga dengan baik.
- Keselamatan barang berharga adalah dibawah tanggungjawab pelajar.
- Dilarang membawa peralatan memasak di asrama.
- Semua pelajar asrama diwajibkan menyertai aktiviti asrama yang diadakan di asrama.
- Denda akan dikenakan merujuk kepada panduan & peraturan pelajar.
- Pulang ke asrama mengikut waktu yang ditetapkan.