MENGENAI SEKTOR PENDAFTARAN DAN REKOD STATISTIK

Sektor Pendaftaran dan Rekod Statistik (SPRS) merupakan salah satu unit sokongan akademik dan mempunyai beberapa fungsi. SPRS menjalankan pendaftaran pelajar serta pendaftaran kursus yang ditawarkan oleh pihak KPTM Batu Pahat. SPRS juga bertanggungjawab terhadap rekod pelajar dan semua berkaitan dengannya, termasuk pengesahan status pelajar dan pengedaran skrol serta transkrip. SPRS KPTM Batu Pahat terdiri daripada seorang Penolong Pengarah dan seorang kerani kanan yang bertanggung jawab bagi menjalankan tugas dan amanah yang diberi.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN.


1. Menguruskan Pendaftaran Pelajar.

Pelajar Baharu

Pelajar baharu perlu mendaftar diri mengikut tarikh yang telah ditetapkan pada surat tawaran. Tawaran adalah terbatal sekiranya pelajar tidak melapor diri dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh tersebut.

Pelajar Lama

Pelajar yang layak meneruskan pengajian perlu mendaftar semula mengikut tarikh yang akan ditentukan dan tidak lewat dari 2 minggu daripada tarikh pendaftaran semula serta tertakluk kepada Peraturan Akademik. 


2. Menguruskan Permohonan Kad Pelajar

Pelajar yang kehilangan kad pelajar perlu membuat pembayaran di kaunter kewangan dan menyerahkan borang beserta 1 keping gambar berukuran passport. Bagi pelajar baharu, SPRS bertanggungjawab menguruskan pengeluaran kad ID pelajar.


3. Menguruskan Pendaftaran Kursus

Pelajar perlu mendaftar dan membuat pengesahan untuk setiap kursus pengajian yang telah ditetapkan berdasarkan kepada struktur sesuatu program pengajian yang diambil mengikut tempoh dan masa yang ditetapkan tertakluk kepada Peraturan Akademik.


4. Pengemaskinian Tambah / Gugur Kursus

Pelajar dibenarkan untuk menambah atau gugur mana- mana kursus dalam tempoh 2 minggu pertama setelah kuliah bermula dan tertakluk kepada Peraturan Akademik.


5. Menguruskan Permohonan Cuti Khas/Tangguh Pengajian

Pelajar boleh memohon cuti khas/tangguh pengajian atas sebab- sebab yang munasabah dan diluluskan oleh Pengarah.Tempoh cuti khas/tangguh pengajian tidak diambil kira sebagai tempoh pengajian di kolej.

Setiap permohonan cuti khas/tangguh pengajian hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Cuti Khas/Tangguh Pengajian dengan melampirkan dokumen-dokumen berkaitan selewat-lewatnya sebelum peperiksaan akhir.

Yuran permohonan RM100 (tidak dikembalikan) dikenakan bagi setiap permohonan cuti khas


6. Pengesahan Status Pelajar

Pihak SPRS mengeluarkan surat pengesahan status pelajar sekiranya diperlukan untuk berurusan dengan pihak luar.


7. Pengemaskinian Maklumat Peribadi Pelajar

Pelajar perlu memaklumkan kepada SPRS akan sebarang pertukaran maklumat peribadi untuk di kemaskini di dalam CMS.


8. Permohonan Berhenti Kolej

Pelajar yang ingin berhenti atau menarik diri daripada meneruskan pengajian perlu melengkapkan borang yang disediakan di SPRS.


9. Pengedaran Skrol dan Transkrip

Pelajar yang telah tamat pengajian boleh mengambil skrol dan transkrip pelajar selepas majlis konvokesyen.


Sektor Pendaftaran dan Rekod Statistik boleh dihubungi di talian 074559902 sambungan 123/124 atau melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Polisi & Penafian

Polisi Privasi (PDPA)

Penafian, Keselamatan & Hakcipta

2019 © Hakcipta Terpelihara Kolej Poly-Tech MARA Kampus Batu Pahat

HUBUNGI KAMI

KOLEJ POLY-TECH MARA BATU PAHAT

Lot 55194 (PTD 53869),
Jalan Gading Emas 4,
Taman Gading Emas, Sri Gading,
83300 Batu Pahat, Johor.  

  • dummy 07-4559902

  • dummy 07-4556729

  • FAKS : 07-4559562
  • dummy info.bp@gapps.kptm.edu.my

APLIKASI KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apps Store dan Google Play

kedu2u 1 app store logo
Play Store Logo 2

 

Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Maintained By : webmaster.bp@gapps.kptm.edu.my Kolej Poly-Tech MARA © 2019. All Rights Reserved.

Search

Joomla Extensions
Joomla Extensions