Previous Next

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM INDUKSI PELAJAR BAHARU SESI JULAI 2024

21 Julai 2024, Ahad - Satu majlis perasmian penutup bagi program induksi pelajar baharu Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) bagi sesi Julai 2024, telah diadakan di KPTM Batu Pahat hari ini.

Seramai 5,496 pelajar baharu sesi Julai menghadirkan diri dalam majlis ini yang diadakan secara atas talian bagi kampus cawangan dan bersemuka di KPTM Batu Pahat.

Antara agenda yang diadakan ialah ucapan aluan Pengarah KPTM Batu Pahat, Cik Hairunnida binti Mansor, yang merupakan tuan rumah bagi majlis penutup program induksi KPTMSB 2024, ucapan dan perasmian yang disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif KPTM Sdn. Bhd., En Radzuan bin Razali, bacaan ikrar pelajar serta persembahan tarian oleh pelajar KPTM Batu Pahat.

Antara yang hadir pada majlis ini ialah Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan, En Mohd Sahidi bin Yaakob, Ketua Pegawai Operasi, En Mohamed Saifuddin bin Hussin, pengarah-pengarah kolej kampus cawangan secara atas talian, barisan pengurusan dan staf KPTM Batu Pahat.

Terdahulu, pelajar baharu sesi Julai ini turut didedahkan dengan kefahaman berkaitan kenegaraan Malaysia melalui ceramah oleh penceramah Akademi Kenegaraan Malaysia, Mohd Zuraimy bin Yaakob.

Polisi & Penafian

Polisi Privasi (PDPA)

Penafian, Keselamatan & Hakcipta

2019 © Hakcipta Terpelihara Kolej Poly-Tech MARA Kampus Batu Pahat

HUBUNGI KAMI

KOLEJ POLY-TECH MARA BATU PAHAT

Lot 55194 (PTD 53869),
Jalan Gading Emas 4,
Taman Gading Emas, Sri Gading,
83300 Batu Pahat, Johor.  

  • dummy 07-4559902

  • dummy 07-4556729

  • FAKS : 07-4559562
  • dummy info.bp@gapps.kptm.edu.my

APLIKASI KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apps Store dan Google Play

kedu2u 1 app store logo
Play Store Logo 2

 

Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Maintained By : webmaster.bp@gapps.kptm.edu.my Kolej Poly-Tech MARA © 2019. All Rights Reserved.

Search

Joomla Extensions
Joomla Extensions