22 Januari 2025 (Rabu) - Selesai sesi kunjungan muhibah bersama Pengetua baharu MRSM Batu Pahat, Tuan Haji Kadir, yang turut dihadiri oleh Pengarah KPTM Batu Pahat, Cik Hairunnida binti Mansor bersama sebahagian pensyarah dan pelajar AB107. Kunjungan ini diadakan sempena pelaksanaan Projek Pembangunan Latihan AB107, bertujuan memperkukuh kerjasama strategik serta memperkenalkan peranan KPTM sebagai penyedia latihan bagi kursus jangka pendek. Dalam sesi ini juga, pihak KPTM Batu Pahat telah berkongsi maklumat bahawa KPTM merupakan sebuah institusi pendidikan swasta di bawah MARA yang menawarkan empat program utama, iaitu Diploma Teknologi Maklumat, Diploma Sains Komputer, Diploma Reka Bentuk Grafik Komputer dan Diploma Pengurusan Sumber Manusia.





