Previous Next

9 Disember 2025 | Dewan Maple, Orchid Event Space Soga, Batu Pahat, Johor .Hari Akademia merupakan suatu hari khusus lagi istimewa untuk semua Ahli Akademik di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bagi menghargai jasa dan sumbangan tenaga akademik mereka. Bertemakan Integrasi Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Pendidikan Tinggi adalah wajar dengan dunia pendidikan yang kini berubah dengan pantas sekali. Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Batu Pahat tidak ketinggalan mengadakan satu majlis Hi-Tea bagi sambutan Majlis Apresiasi Akademia yang telah diadakan pada 9 Disember 2025 bertempat di Dewan Maple, Orchid Event Space Soga, Batu Pahat, Johor dengan dirasmikan oleh Pengarah KPTM Batu Pahat, Cik Hairunnida binti Mansor. Seramai 125 orang staf termasuk 78 orang pensyarah telah diraikan dalam majlis yang penuh makna ini bagi menghargai jasa dan bakti mereka. Pada majlis ini, sebanyak 8 anugerah telah disampaikan kepada 111 orang pensyarah yang telah menunjukkan dedikasi, komitmen dan kecemerlangan dalam bidang masing-masing. Antara anugerah yang disampaikan adalah Anugerah Aktif Penulisan & Penerbitan, Anugerah Aktif Inovasi, Anugerah SIE Terbaik, Anugerah Pena Emas, Anugerah Idea Emas, Holistik Akademia, Gemilang Muda termasuk Anugerah Staf Terbaik Bulanan (ASTB). Majlis ini turut dihangatkan dengan ucapan pembukaan daripada Pengarah KPTM Batu Pahat, Cik Hairunnida binti Mansor, yang seterusnya menyampaikan hadiah penghargaan anugerah kepada pensyarah-pensyarah. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga semua warga akademik KPTM Batu Pahat terus cemerlang dalam pengajaran, penyelidikan dan khidmat masyarakat, serta terus menjadi inspirasi kepada generasi pelajar akan datang.

Polisi & Penafian

Polisi Privasi (PDPA)

Penafian, Keselamatan & Hakcipta

2019 © Hakcipta Terpelihara Kolej Poly-Tech MARA Kampus Batu Pahat

HUBUNGI KAMI

KOLEJ POLY-TECH MARA BATU PAHAT

Lot 55194 (PTD 53869),
Jalan Gading Emas 4,
Taman Gading Emas, Sri Gading,
83300 Batu Pahat, Johor.  

APLIKASI KPTM POCKET

Muat turun aplikasi KPTM POCKET Melalui Apps Store dan Google Play

kptm pocket 2

 

Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Maintained By : [email protected] Kolej Poly-Tech MARA © 2019. All Rights Reserved.

Search

Joomla Extensions
Joomla Extensions