Bukan sekadar memfokuskan tarian dan nyanyian, Kelab Seni KPTM Batu Pahat turut berperanan mencungkil dan menggilap bakat pelajar dalam bidang nasyid melalui penubuhan kumpulan nasyid KPTMBP yang diberi nama Soul Of Faith. Rentetan kemenangan kumpulan nasyid KPTMBP yang mendapat Johan dalam pertandingan KALAM 2025. Kumpulan nasyid ini mengambil peluang apabila buat pertama kalinya menyertai pertandingan anjuran luar institusi. Penyertaan dalam Pertandingan Nasyid anjuran Parlimen Sri Gading 2025 pada 21 Disember 2025 ini telah membuahkan hasil apabila kumpulan ini berjaya mendapat saguhati. Kumpulan Soul Of Faith berpeluang bersaing dengan kumpulan-kumpulan nasyid hebat daripada institusi ternama seperti UKM, UM dan pelbagai kumpulan lain yang telah lama mencipta nama dalam dunia nasyid. Penyertaan ini menjadi satu percubaan serta permulaan yang amat bermakna dalam membina keyakinan dan pengalaman pelajar untuk terus berani melangkah ke pentas pertandingan peringkat luar.



