Pada 15 Oktober 2025 (Rabu) bertempat di Dewan Utama, KPTM Batu Pahat. Sesi ini disampaikan oleh Puan Fairuzy binti Ab Hadi, Ketua Kursus HLE2013, dan dihadiri oleh semua pelajar Semester 4 Diploma Pengurusan Sumber Manusia (AB107) yang mengambil kursus berkenaan. Tujuan utama program ini adalah untuk membantu pelajar membuat persediaan yang lebih mantap menjelang peperiksaan akhir dengan memberi pendedahan tentang format soalan, teknik menjawab dengan berkesan, serta aspek penting dalam topik utama kursus. Kehadiran pelajar adalah amat memberangsangkan dan sesi berjalan dengan lancar serta interaktif. Pelajar turut mengambil peluang untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan terus daripada penceramah. Ucapan penghargaan dan terima kasih disampaikan kepada Cik Zainoor Sabrina binti Zainul Hisham dan Puan Fairuzy binti Ab Hadi atas usaha dan kerjasama dalam menjayakan program ini.





