Program CSR KPTM Batu Pahat kali ini membawa warna dan kehidupan baharu ke Sekolah Menengah Kebangsaan Layang-Layang melalui aktiviti lukisan mural yang dijalankan pada 6 hingga 9 Oktober 2025. Seramai 4 pensyarah Jabatan Grafik & Multimedia, 9 pelajar Diploma in Computer Graphic Design, dan 1 pelajar Diploma in Human Resource Management berganding bahu menjayakan projek ini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah KPTM Batu Pahat, Cik Hairunnida binti Mansor, yang turut menyampaikan penghargaan kepada semua peserta atas semangat dan dedikasi mereka. Yang paling menarik — antara peserta mural kali ini ialah Nur Ardini binti Othman, pelajar Diploma in Computer Graphic Design yang merupakan bekas pelajar SMK Layang-Layang sendiri Katanya, dapat kembali menyumbang semula kepada sekolah lama dalam bentuk karya seni adalah satu pengalaman yang amat bermakna. Tahniah kepada semua yang terlibat kerana menjadikan dinding sekolah bukan sekadar tembok — tapi kanvas yang mencerminkan semangat, kreativiti dan kasih komuniti!



