PERTANDINGAN INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION AND ENTREPRENEURSHIP IDEA COMPETITION 2025 (i3EC25)
ANJURAN KOLEJ POLY-TECH MARA KUANTAN
Unit lnovasi Kolej Poly-Tech Mara Batu Pahat dan Kelab lnovasi KPTM Batu Pahat telah menyertai Pertandingan International Invention, Innovation and Entrepreneurship Idea Competition 2025 (i3EC25) anjuran Kolej Poly-Tech MARA Kuantan yang telah diadakan pada 2 Oktober 2025 dan dilaksanakan secara dua medium iaitu secara atas talian dan bersemuka. Sebanyak 14 projek inovasi telah menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada 9 kumpulan pensyarah KPTM Batu Pahat bagi kategori staf, manakala 5 projek lagi merupakan penyertaan kategori pelajar di bawah seliaan beberapa orang pensyarah.Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat telah memenangi pelbagai anugerah bagi Kategori Staf (Pensyarah) dan Kategori Pelajar dalam pertandingan International Invention, Innovation and Entrepreneurship Idea Competition 2025 (i3EC25) ini.





