23 Mei 2025 (Jumaat) - INFORMATICA telah diadakan buat kali ke-4 dengan jayanya di KPTM Batu Pahat. Program ini adalah anjuran Jabatan Sains Komputer & Matematik dan telah melibatkan pensyarah, staf dan pelajar KPTM Batu Pahat. Program ini juga telah menerima penyertaan dari institusi luar dan sekolah menengah sekitar Batu Pahat. Seramai lebih kurang 500 orang pelajar telah menyertai pertandingan-pertandingan tersebut:
- Pertandingan Inovasi
- Pertandingan Problem Based
- Pertandingan Quiz Infotech Showdown
- Pertandingan IT Explorace
- Treasure Hunt
Tahniah kepada semua peserta dan pemenang INFORMATICA 4.0