KUALA LUMPUR - 24 Mei 2025 bertempat di Grand Barokah Hotel, Ampang telah berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Pelajar (MAKHEP) 2024. Majlis yang dianjurkan ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian pelajar dan warga kerja KPTM dan UPTM yang telah terlibat dalam bidang selain akademik. KPTM Batu Pahat telah berjaya mengungguli 6 dari 13 kategori yang dipertandingkan seperti berikut :
- • Anugerah Kokurikulum (Kolej)
Kelab Seni Persembahan dan Muzik KPTM Batu Pahat (ketiga)
- • Anugerah Inovasi (Individu)
Muhammad Iman Haziq bin Razak, KPTM Batu Pahat (kedua)
- • Anugerah Inovasi (Kolej)
Kelab Inovasi KPTM Batu Pahat (pertama)
- • Anugerah Sukan (Individu)
Abdul Hakim bin Mohd Shah, KPTM Batu Pahat (kedua)
- • Anugerah Kediaman Terbaik (Kolej)
KPTM Batu Pahat (pertama)
- • Anugrah Penasihat Kelab/Persatuan Terbaik
Pn Nohidayah binti Samat, Kelab Inovasi KPTM Batu Pahat
SYABAS & TAHNIAH diucapkan kepada semua yang telah mengharumkan nama KPTM Batu Pahat.
Disediakan oleh : Juliana Yahya