Pada 31 Mei 2025 KPTM Batu Pahat telah terlibat dalam Pertandingan Tarian Malam Citrawarna KPTM Se-Malaysia: Seni Silam Warisan Gemilang. Kejayaan ini adalah hasil komitmen tinggi di bawah bimbingan Puan Akmal Shakila selaku Penasihat Kelab, serta latihan intensif oleh Encik Fauzzan Helmy dari Pertama Tari Batu Pahat. Kumpulan ini turut menerima sentuhan nasihat dan bimbingan seni daripada Adiguru Zapin ASWARA, Encik Mohd Faizal Bin Abas.