17 Mac 2025 | 17 Ramadan 1446 H , Isnin - Ahli Lembaga Pengarah MARA Corporation, En Edham Reza Shah bin Dato' Abdul Rahaman,turun padang meluangkan masa bersama pengurusan dan pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Batu Pahat, dalam Majlis Marhaban Ya Ramadan, di sini hari ini.Dalam sesi amanat yang diadakan di Dewan Utama KPTM Batu Pahat, beliau menyampaikan nasihat dan pesanan yang bermanfaat buat pelajar.Seterusnya, En Edham berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib bersama pengurusan dan pelajar KPTM Batu Pahat.Turut menghadiri majlis ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif KPTM Sdn. Bhd., En Radzuan bin Razali, Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat, En Mudzir bin Mohamad, Pengarah KPTM Batu Pahat, Cik Hairunnida binti Mansor, pengurusan dan pelajar KPTM Batu Pahat.