Pada 23 Februari 2025 bertempat di Ampang Superbowl@Kluang Mall. Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Pembimbing Rakan Siswazah dengan kerjasama Unit Kaunseling.
PRS FUN BOWLING ini merupakan sukan berpasukan atau aktiviti fizikal berkumpulan yang mana mampu membantu membina hubungan sosial yang positif, meningkatkan semangat keyakinan diri dan memberikan sokongan emosi dalam pasukan. Selain itu, sukan juga boleh menjadi salah satu kaedah intervensi yang baik untuk membantu pelajar mengurus stres dan membina kesejahteraan mental.
Penyertaan kejohanan ini telah disertai oleh 95 orang pelajar. Penyertaan amat menggalakkan dan peserta menunjukkan minat yang sangat tinggi terhadap sukan yang dianjurkan.
Turut serta bagi acara perasmian dan penyampaian hadiah iaitu Tuan Pengarah Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat Cik Hairunnida Binti Mansor.
Secara keseluruhannya, kejohanan ini telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Terima kasih kepada semua peserta, pihak pengurusan KPTM Batu Pahat dan para penyokong yang telah menjayakan acara ini. Diharapkan kejohanan ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penyertaan yang lebih ramai.