Previous Next

28 Januari 2025, Selasa – Together As One and Towards The Next Level of Excellence. Itulah yang diterapkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB), En Radzuan bin Razali dalam satu Sesi Town Hall dan Amanat Tahun Baharu yang diadakan di Auditorium, KPTM Bangi, hari ini.

Pada sesi ini, En Radzuan menekankan tentang kebersamaan dan kepentingan sebagai satu pasukan yang besar dalam membawa jenama KPTMSB ke peringkat yang lebih tinggi dan cemerlang bagi tahun 2025.

“Bagi tahun 2025 ini, kita yang berada di bawah nama KPTMSB perlu berusaha lebih gigih dalam memastikan dapat mencapai segala perancangan dan KPI yang telah ditetapkan,” katanya dalam penyampaian amanat tahun baharu di sini.

Sebelum itu, En Radzuan turut menyempurnakan perasmian skrin LED terbaru di Auditorium KPTM Bangi.

Seterusnya, turut disertakan adalah pembentangan laporan perkembangan syarikat bagi tahun 2024 oleh pengurusan tertinggi KPTMSB.

Bagi penutup sesi town hall dan amanat ini, diserikan dengan acara pemotongan kek sebagai simbolik kepada kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai syarikat bagi tahun 2024.

Sesi town hall dan amanat tahun baharu ini turut dihadiri Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan, En. Mohd Sahidi bin Yaakob, Ketua Pegawai Operasi, En Mohamed Saifuddin bin Hussin, Ketua Pegawai Kewangan, Pn Azlina binti Yusof, Pengarah Kanan Jabatan Modal Insan, En Mohd Yusoff bin Mat Ali, Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat, En Mudzir bin Mohamad, Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat, En Mohd Asri bin Mohammad, Pengurus Kanan Menjalankan Tugas Pengarah Pusat Pendidikan Berterusan, En Sharul Anuar bin Harun, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Poly-Tech Malaysia, Prof. Madya Dr. Syamsul Fozi bin Osman, pengurusan kolej cawangan dan UPTM, warga kerja KPTM dan UPTM secara online.

Polisi & Penafian

Polisi Privasi (PDPA)

Penafian, Keselamatan & Hakcipta

2019 © Hakcipta Terpelihara Kolej Poly-Tech MARA Kampus Batu Pahat

HUBUNGI KAMI

KOLEJ POLY-TECH MARA BATU PAHAT

Lot 55194 (PTD 53869),
Jalan Gading Emas 4,
Taman Gading Emas, Sri Gading,
83300 Batu Pahat, Johor.  

APLIKASI KPTM POCKET

Muat turun aplikasi KPTM POCKET Melalui Apps Store dan Google Play

kptm pocket 2

 

Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Maintained By : [email protected] Kolej Poly-Tech MARA © 2019. All Rights Reserved.

Search

Joomla Extensions
Joomla Extensions