Previous Next

11 Ogos 2024, Ahad - Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) perlu mencari strategi alternatif dalam usaha membangunkan agenda syarikat supaya lebih berdaya saing dalam dunia perniagaan pendidikan. Pengerusi KPTMSB, YB Dato' Haji Shamshulkahar bin Haji Mohd Deli berkata, dunia pendidikan sentiasa berubah dan semakin berkembang, seiring dengan trend semasa yang pantas pada masa kini. "Syarikat harus sentiasa mengkaji apa yang diperlukan pelanggan, iaitu pelajar dan ibu bapa dalam mencari ilmu pendidikan di institusi swasta terbaik. “Namun jangan kita abaikan apa keperluan industri pekerjaan yang perlu pelajar kita ada dalam memenuhi kelayakan yang sepatutnya," katanya ketika memberi ucapan penutup pada Program Retreat Lembaga Pengarah KPTMSB di Port Dickson, hari ini. Pada Program Retreat Lembaga Pengarah KPTMSB yang berlangsung dari 9 hingga 11 Ogos ini, disertai Ahli Lembaga Pengarah KPTMSB, Ahli Lembaga Universiti Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), Ketua Pegawai Eksekutif, En. Radzuan bin Razali, Ahli Pengurusan Tertinggi KPTM, Naib Canselor UPTM, Prof. Madya Dr. Sharifah Syahirah binti Sy Shiekh bersama Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Ts. Dr. Zahrah binti Yahya, pengarah-pengarah dan timbalan-timbalan pengarah akademik kampus cawangan KPTM se-Malaysia.

Polisi & Penafian

Polisi Privasi (PDPA)

Penafian, Keselamatan & Hakcipta

2019 © Hakcipta Terpelihara Kolej Poly-Tech MARA Kampus Batu Pahat

HUBUNGI KAMI

KOLEJ POLY-TECH MARA BATU PAHAT

Lot 55194 (PTD 53869),
Jalan Gading Emas 4,
Taman Gading Emas, Sri Gading,
83300 Batu Pahat, Johor.  

  • dummy 07-4559902

  • dummy 07-4556729

  • FAKS : 07-4559562
  • dummy info.bp@gapps.kptm.edu.my

APLIKASI KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apps Store dan Google Play

kedu2u 1 app store logo
Play Store Logo 2

 

BILANGAN PELAWAT

Today7
This month77

1
Online

2024-10-15
Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Maintained By : webmaster.bp@gapps.kptm.edu.my Kolej Poly-Tech MARA © 2019. All Rights Reserved.

Search

Notis Operasi Kolej Sanitasi 261021

PELANGGAN / PELAWAT YANG DIHORMATI, MOHON KERJASAMA ANDA UNTUK MENGISI BORANG MAKLUMAT PELANGGAN YANG DISEDIAKAN SUPAYA KAMI DAPAT MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG LEBIH BAIK KEPADA ANDA. TERIMA KASIH

  button borang maklumat pelanggan 2   button portal pelajar  
Joomla Extensions
Joomla Extensions