KPTM BATU PAHAT PERLU TANGANI ISU GRADUAN BERKUALITI DAN JANGKA HAYAT PROGRAM YANG LEBIH RELEVAN
13 Ogos 2024, Selasa – Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Batu Pahat perlu mencari kaedah terbaik bagi meningkatkan kualiti graduan ke arah yang lebih baik, seterusnya menjadikan lagi ramai yang mendapat kerja berpendapatan tinggi. Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB), En Radzuan bin Razali berkata, isu ini bukan sahaja perlu ditangani oleh KPTM Batu Pahat sahaja, sebaliknya oleh semua kampus cawangan yang lain. “Bukan sahaja isu graduan berkualiti, tetapi kualiti program yang ditawarkan perlu juga diberikan perhatian serius kerana persaingan dalam dunia pendidikan kini semakin sengit,” katanya pada lawatan kerja siri kedua di KPTM Batu Pahat, hari ini. Pada lawatan kerja ini juga, En Radzuan turut meluangkan masa pada sesi beramah mesra dan soal jawab bersama staf akademik KPTM Batu Pahat. Turut hadir dalam lawatan kerja ini ialah Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan, En Mohd Sahidi bin Yaakob, Ketua Pegawai Operasi, En Mohamed Saifuddin bin Hussin, Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat, En Mudzir bin Mohamad, Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Menjalankan Tugas Pengarah Kanan Jabatan Logistik dan Aset, En Kassim bin Osman, Pengarah KPTM Batu Pahat, Cik Hairunnida binti Mansor, pengurusan tertinggi dan pengurusan KPTM Batu Pahat.