Seramai 260 orang pelajar telah dibahagi kepada 2 sesi untuk mengikuti satu taklimat dan pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah diadakan kepada pelajar-pelajar KPTM Batu Pahat yang mengambil matapelajaran Digital Entrepreneurship.Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pegawai SSM Johor Bahru, tentang kepentingan dan kaedah mendaftar sesuatu perniagaan melalui SSM. Selain itu, taklimat ini juga diadakan bagi mendedahkan pelajar-pelajar dengan maklumat-maklumat terkini berkaitan pendaftaran perniagaan dengan pihak SSM dan bagaimana menjadi seorang usahawan yang berjaya melalui bimbingan awal daripada pihak SSM.Pada penghujung program pelajar telah diberikan sijil pendaftaran syarikat mereka yang bole digunakan pada masa akan datang.