25 April 2021, tarikh istimewa buat semua kita Warga KPTM Batu Pahat. Bagi pelajar baharu yang telah mendaftar untuk Sesi April 2021, selamat datang dan setinggi tahniah buat anda. Anda adalah sekumpulan kecil yang terpilih untuk menjadi mahasiswa KPTM Batu Pahat.
Disinilah tapak untuk saudara dan saudari bermula dalam melakar perjalanan seterusnya. Manfaatkan peluang yang amat istimewa ini, jadilah seorang mahasiswa yang cemerlang, berdaya saing, bertanggung jawab dan beretika.
Bermula hari ini anda adalah Warga KPTM Batu Pahat. Kita adalah satu pasukan yang akan sama-sama merealisasikan kecemerlangan yang diimpikan.