Kuiz ICT

Ringkasan Pertandingan

Menguji pelajar-pelajar mengenai pengetahuan tentang Teknologi Maklumat semasa.

Hadiah
event Pertama
RM100

Pingat + Sijil + Cenderahati

event Kedua
RM70

Pingat + Sijil + Cenderahati

event Ketiga
RM50

Pingat + Sijil + Cenderahati

event Ke-4 hingga Ke-7

Sijil + Cenderahati

Lokasi Pertandingan

event

Syarat Pertandingan

  1. Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah Batu Pahat.
  2. Setiap sekolah dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
  3. Peserta diWAJIBkan menggunakan telefon mudah alih (smart phone) bagi menyertai pertandingan ini.
  4. Penganjur pertandingan TIDAK AKAN menyediakan telefon mudah alih (smart phone) untuk peserta.
  5. Pertandingan dijalankan secara on-line menggunakan perisian yang dimuat turun.
  6. Wi-Fi akan disediakan di dalam kawasan pertandingan. Namun jika peserta ingin menggunakan talian internet sendiri (Maxis, Celcom, Digi, Umobile dll), adalah dibenarkan oleh pihak penganjur.
  7. Peserta perlu memuat turun aplikasi seperti yang dimaklumkan semasa pertandingan nanti, dan perlu menjawab soalan-soalan di dalam tempoh masa yang dibenarkan.
  8. Pertandingan kuiz ini akan dijalankan sebanyak dua (2) pusingan.
  9. Saringan : Semua sekolah mengambil bahagian (15 minit).
  10. Akhir : 10 sekolah dengan markah tertinggi semasa saringan (15 minit).
  11. Tiada nota dibenarkan untuk digunakan semasa pertandingan. Guru-guru pengiring juga tidak dibenarkan membantu pelajar.
  12. Penganjur pertandingan BERHAK untuk membatalkan penyertaan individu/pasukan yang didapati melanggar atau tidak mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan.
  13. Penganjur pertandingan berhak untuk menukar, meminda, memotong atau Menambah terma dan syarat pertandingan ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan semua peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

Penjurian Pertandingan

  1. Setiap jawapan yang diberikan akan dinilai oleh sistem kuiz yang digunakan nanti.
  2. Jika ada markah yang sama antara peserta semasa sesi saringan ataupun akhir, masa menjawab yang terpantas akan dikira sebagai pemenang.
  3. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang bantahan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
  4. Pemenang pertandingan akan diumumkan semasa Majlis Penutup Informatica ’19 dan pemenang perlu berada di lokasi pada masa tersebut.