Pertandingan Fotografi

Ringkasan Pertandingan

Menguji pelajar-pelajar mengenai pengetahuan tentang Teknologi Maklumat semasa dan diterjemahkan melalui lensa kamera.

Hadiah
event Pertama
RM100

Pingat + Sijil + Cenderahati

event Kedua
RM70

Pingat + Sijil + Cenderahati

event Ketiga
RM50

Pingat + Sijil + Cenderahati

event Ke-4 hingga Ke-7

Sijil + Cenderahati

Lokasi Pertandingan

event

Syarat Pertandingan

  1. Terbuka kepada semua pelajar Kolej Poly-Tech Mara dan sekolah menengah Batu Pahat.
  2. Setiap sekolah dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
  3. Tema pertandingan ialah ‘Architecture’ kerana ianya selari dan seiring kepesatan dan perkembangan IT.
  4. Semua gambar penyertaan adalah hasil karya asli, merupakan idea sendiri dan mengikut tema pertandingan
  5. Bebas mengikut kreativiti.
  6. Tidak melibatkan isu-isu sensitif, termasuk keagamaan, perkauman dan politik.
  7. Setiap penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk digital (format JPEG) dan melalui email ([email protected]) dan dimuat naik di Instagram dengan menggunakan ‘hashtag’ #photocontestkptmbp dan tag @kptmbp
  8. Peserta haruslah menghantar gambar dengan resolusi tinggi sekurang-kurangnya 800x600 dan resolusi 72pixel/inch.
  9. Gambar yang diambil tidak boleh mengandungi sebarang unsur mempromosi jenama produk tertentu.
  10. Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau menarik balik hadiah yang diberikan sekiranya gambar yang dihantar adalah tiruan atau diperolehi dari internet atau melanggar sebarang hak cipta terpelihara.
  11. Penyertaan dibatalkan serta merta sekiranya gambar yang dihantar pernah memenangi atau menyertai mana-mana pertandingan fotografi yang lain.
  12. Setiap peserta dibenarkan menghantar maksimum tiga (3) penyertaan tetapi hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja.
  13. Tiada yuran penyertaan dikenakan.
  14. Penganjur pertandingan berhak untuk menukar, meminda, memotong atau menambah terma dan syarat pertandingan ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan semua peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

Penjurian Pertandingan

  1. Penilaian adalah berdasarkan komposisi gambar yang dihasilkan, daya tarikan, latar belakang, dan perspektif.
  2. Kualiti gambar juga merupakan aspek penting dalam pemarkahan.
  3. Penceritaan dalam gambar merupakan impak besar kepada nilai gambar yang dihasilkan.
  4. Keaslian gambar juga amat dititik beratkan.
  5. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang bantahan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
  6. Pemenang pertandingan akan diumumkan semasa Majlis Penutup Informatica ’19 dan pemenang perlu berada di lokasi pada masa tersebut.
  7. Nama pemenang akan diumumkan pada 20 Ogos 2019 melalui laman sesawang https://bpahat.kptm.edu.my/informatica19/ , email atau DM (Direct message) Instagram.