Pertandingan Cisco Packet Tracer

Ringkasan Pertandingan

Menyediakan platform untuk perkongsian pengetahuan dan kemahiran ke arah teknologi rangkaian computer. Dalam masa yang sama, pertandingan ini dapat meluaskan pengetahuan peserta tentang Packet Tracer dimana ia adalah simulator alat-alat jaringan CISCO yang disediakan oleh CISCO Networking Academy. Ia digunakan sebagai media pembelajaran dan pelatihan, dan juga dalam bidang penelitian simulasi jaringan komputer.

Hadiah
event Pertama
RM100

Pingat + Sijil + Cenderahati

event Kedua
RM70

Pingat + Sijil + Cenderahati

event Ketiga
RM50

Pingat + Sijil + Cenderahati

event Ke-4 hingga Ke-7

Sijil + Cenderahati

Lokasi Pertandingan

event

Syarat Pertandingan

  1. Terbuka kepada kolej yang disenaraikan (sila rujuk surat yang telah diedarkan) dan pelajar Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat.
  2. Penyertaan secara INDIVIDU dan terbuka kepada pelajar sahaja.
  3. Setiap institusi dibenarkan menghantar TIGA (3) orang peserta sahaja.
  4. Pihak penganjur akan menyediakan segala perisian dan perkakasan.
  5. Penganjur pertandingan berhak untuk membatalkan penyertaan individu/pasukan yang didapati melanggar atau tidak mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan.
  6. Penganjur pertandingan berhak untuk menukar, meminda, memotong atau menambah terma dan syarat pertandingan ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan semua peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.
  7. Keputusan Jawatankuasa Panel Hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
  8. Dilarang membawa sebarang bahan semasa pertandingan dijalankan.
  9. Dilarang menggunakan telefon pintar atau gadjet semasa pertandingan dijalankan.
  10. Dilarang meminta/memberi bantuan kepada peserta lain semasa pertandingan dijalankan.

Penjurian Pertandingan

  1. Anda perlu membaca semua arahan untuk memulakan tugasan yang diberi.
  2. Soalan ini mempunyai TIGA(3) bahagian iaitu “Configure Basic Device setting on Router and Switch”, “Configure interface port on Router” dan “Configure RIPv2 Dynamic Routing Protocol”.
  3. Pemenang akan dinilai dari segi pemarkahan dan juga ketangkasan (masa) yang diambil untuk menyiapkan tugasan ini.
  4. Setiap soalan mempengaruhi markah anda. Sila rancang masa anda dengan baik.