UNIT KOKURIKULUM

Fungsi utama Pejabat Pengurusan Pelajar dan Alumni ialah untuk menawarkan perkhidmatan sokongan kepada pelajar dari segi akademik dan bukan akademik, kebajikan, keselamatan dan sekuriti, tadbir urus pembangunan pelajar. Unit ini menampung keperluan pelajar dan kemudahan yang perlu di dalam kampus dan hostel, menyediakan saluran yang sesuai dan pengantaraan untuk komunikasi pelajar, interaksi dan khidmat berurusan dengan pihak tertentu di samping bertanggungjawab terhadap persekitaran pelajar dan merancang aktiviti pelajar supaya dapat membina karakter positif di kalangan mereka.

Unit ini juga mengambil perhatian terhadap hal disiplin pelajar, mengurus dan menyediakan perkhidmatan berhubung dengan penginapan, kesihatan dan sekuriti para pelajar. Selain itu, unit ini membimbing pelajar untuk merancang, mengkoordinasi dan melaksanakan aktiviti kokurikulum di dalam dan di luar kampus. Segala perkhidmatan yang disediakan adalah untuk menggalakkan interaksi positif dan sihat demi menyumbang kepada kesejahteraan komuniti pelajar.

Unit ini menyediakan khidmat kepada para pelajar dalam aspek:

Rawatan perubatan dan Kebajikan

  • Menyediakan surat jaminan perubatan kepada mana-mana hospital mengikut permintaan pelajar.
  • Membantu dalam menguruskan tuntuan perubatan oleh pelajar.
  • Memberi khidmat pertolongan kepada pelajar yang menghadapi masalah kesihatan dan memerlukan perhatian perubatan.

Perkhidmatan Insurans

  • Mengantara dan membantu dalam menguruskan tuntutan insurans kemalangan pelajar.
  • Mengedarkan cek tuntutan insurans kepada pelajar.

Bantuan kepada pelajar kurang-upaya

  • Membantu pelajar mendaftar dengan Kementerian Pengajian tinggi untuk membolehkan mereka mendapatkan bantuan yang sepatutnya (untuk pelajar kurang-upaya)

Menguruskan elaun bulanan dan tuntutan yuran pengajian untuk pelajar kurang-upaya.

A) KEM KEPIMPINAN 1.0

HUBUNGI KAMI

KOLEJ POLY-TECH MARA BATU PAHAT
DK247-01 (J) LOT 55194 (PTD 53869),
JALAN GADING EMAS 4, TAMAN GADING EMAS,
SERI GADING,
83300 BATU PAHAT, JOHOR.  

  • dummy 07-4559902

  • dummy 07-4556729

  • FAKS : 07-4559562
  • dummy info.bp@gapps.kptm.edu.my

Agensi terlibat

no gift policy 4

iso

Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Maintained By : webmaster.bp@gapps.kptm.edu.my Kolej Poly-Tech MARA © 2019. All Rights Reserved.

Search

Joomla Extensions
Joomla Extensions