Pada 27 Februari 2020 bertempat di Dewan Utama, Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat telah diadakan IT Project Exhibition & Innovation. Acara ini telah disertai oleh 24 pelajar tahun akhir Diploma in Information Technology (CT103) dan 31 pelajar tahun akhir Diploma in Computer System and Networking. Para pelajar telah mempamerkan hasil kerja mereka bagi memenuhi syarat kursus IT Project dan mereka telah dinilai oleh para penilai yang dilantik serta dua penilai industri yang dijemput hadir.