Previous Next

4 Februari 2020 - Hari Mesra Pelanggan KPTM Batu Pahat (01/2020)
.
Jawatankuasa Aduan dan Maklumbalas Pelanggan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah berjaya menganjurkan Hari Mesra Pelanggan bil (01/2020) yang diadakan di Dataran KPTMBP.
.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Tuan Hj Shuhaimi bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Menjalankan Tugas Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan merangkap Pengerusi Aduan dan Maklumbalas Pelanggan KPTMBP.
.
Objektif utama program adalah bagi memberi peluang kepada pelajar dan staf untuk mendapatkan maklumat/input berkenaan jabatan/bahagian/unit di samping menggalakkan pelajar untuk berinteraksi secara lebih telus dengan pengurusan kolej.
.
Semua jabatan/unit di KPTMBP telah mengambil bahagian dengan membuka kaunter bagi memberi peluang kepada pelajar dan staf untuk bersama-sama dalam usaha menambahbaik proses urustadbir kolej ke arah yang lebih baik.
.
Aktiviti seperti edaran free food kepada pelajar, permainan karom, congkak, catur dan kuiz juga turut diadakan bagi memeriahkan suasana.
.
Syabas kepada semua warga kolej KPTM Batu Pahat!!!
.
#jommasukkptmbp
#jommasukipt

Polisi & Penafian

Polisi Privasi (PDPA)

Penafian, Keselamatan & Hakcipta

2019 © Hakcipta Terpelihara Kolej Poly-Tech MARA Kampus Batu Pahat

HUBUNGI KAMI

KOLEJ POLY-TECH MARA BATU PAHAT
DK247-01 (J) LOT 55194 (PTD 53869),
JALAN GADING EMAS 4, TAMAN GADING EMAS,
SERI GADING,
83300 BATU PAHAT, JOHOR.  

  • dummy 07-4559902

  • dummy 07-4556729

  • FAKS : 07-4559562
  • dummy info.bp@gapps.kptm.edu.my

iso

Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Maintained By : webmaster.bp@gapps.kptm.edu.my Kolej Poly-Tech MARA © 2019. All Rights Reserved.

Search

Joomla Extensions
Joomla Extensions