Previous Next

NEMESIS JUARA PERTAMA KPTM BATU PAHAT E-SPORT : MOBILE LEGENDS BANG BANG 2020 CHAMPIONSHIP.

29 Jan, Dewan Utama, KPTMBP – Kumpulan Nemesis telah berjaya menjuarai Pertandingan KPTM BATU PAHAT E-SPORT : MOBILE LEGENDS BANG BANG 2020 sekaligus merangkul hadiah wang tunai sebanyak RM500. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini adalah kerjasama antara Kelab ESports KPTM Batu Pahat dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KPTMBP.

Nemesis pada awalnya bermula suram apabila kalah tanpa bertanding pada perlawanan pertama kerana ahli kumpulan tidak datang pada waktu yang ditetapkan. Namun, mereka bangkit dengan penuh bergaya apabila berjaya melangkah ke peringkat akhir pertandingan walaupun terpaksa bermain ‘play-off’ untuk menentukan tempat ke-2 dan ke-3 dalam peringkat kumpulan.
 

Lawan mereka di peringkat akhir adalah Dark Phoenix yang dengan mudah mengalahkan semua pasukan lain ketika peringkat kumpulan hingga ke peringkat akhir.

Diperingkat akhir, Nemesis berjaya menjinakkan Dark Phoenix apabila dengan mudah menewaskan mereka dengan markah 2-0 dalam format pertandingan Best of 3. Dark Phoenix membawa pulang hadiah wang tunai RM300 sebagai Naib Johan.
 

Hadiah para pemenang disampaikan oleh Penasihat Kelab E-Sports, Encik Zulhilmi Khatam sebagai mewakili Pengurusan KPTM Batu Pahat.

Tahniah diucapkan kepada Nemesis kerana telah menjadi Juara edisi pertama KPTM BATU PAHAT E-SPORT : MOBILE LEGENDS BANG BANG CHAMPIONSHIP. 

Polisi & Penafian

Polisi Privasi (PDPA)

Penafian, Keselamatan & Hakcipta

2019 © Hakcipta Terpelihara Kolej Poly-Tech MARA Kampus Batu Pahat

HUBUNGI KAMI

KOLEJ POLY-TECH MARA BATU PAHAT
DK247-01 (J) LOT 55194 (PTD 53869),
JALAN GADING EMAS 4, TAMAN GADING EMAS,
SERI GADING,
83300 BATU PAHAT, JOHOR.  

  • dummy 07-4559902

  • dummy 07-4556729

  • FAKS : 07-4559562
  • dummy info.bp@gapps.kptm.edu.my

iso

Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Maintained By : webmaster.bp@gapps.kptm.edu.my Kolej Poly-Tech MARA © 2019. All Rights Reserved.

Search

Joomla Extensions
Joomla Extensions