Inovasi Peringkat Sekolah Menengah

Objektif Pertandingan
  1. Mengembangkan kebolehan berfikir secara inovatif para pelajar dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan ke platform yang lebih tinggi;
  2. Memupuk budaya penyelidikan dan rekacipta dalam kalangan pelajar sebagai salah satu ‘corporate social marketing’; dan
  3. Membina jenama Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat dalam kalangan pelajar sekolah.
Hadiah
event
Pertama RM100 X 1 orang + Sijil
event
Kedua RM70 X 1 orang + Sijil
event
Ketiga RM50 X 1 orang + Sijil
event
Saguhati RM25 X 5 orang + Sijil
Panduan Pertandingan
  1. Pemilihan produk adalah bebas dan terbuka kepada kreativiti peserta.
  2. Peserta bebas untuk memilih apa-apa objek atau apa-apa produk yang dapat diinovasikan.
  3. Berdasarkan objek yang dipilih, peserta perlu menerangkan :
    • Kegunaan asal produk tersebut.
    • Apakah inovasi baharu yang boleh dihasilkan melalui produk tersebut. Contoh : https://www.bbc.com/news/magazine-23536914
      • Peserta perlu menyediakan video pendek berdurasi 3-5 minit untuk menceritakan inovasi yang boleh dijalankan ke atas produk tersebut.
      • Link Pendaftaran: Pendaftaran
      • Link Muatnaik video : Penghantaran Video Inovasi
      • Jumlah penyertaan: Setiap sekolah menengah di daerah Batu Pahat yang berminat, boleh menghantar LEBIH DARIPADA SATU penyertaan

Kelayakan Penyertaan

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di daerah Batu Pahat,Johor di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA).
  2. Idea inovasi produk boleh dihantar secara individu.
  3. Had umur adalah terbuka kepada pelajar sekolah menengah sahaja.

Kriteria Pengadil

  1. Panel Hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur untuk menilai dan memilih pemenang berdasarkan kriteria berikut:
    • Keaslian
    • Kreativiti
    • Kegunaan dan aplikasi
    • Potensi komersial/kebolehpasaran
  2. Keputusan hakim adalah muktamat.