Kuiz ICT

Ringkasan Pertandingan

Menguji pengetahuan tentang Teknologi Maklumat semasa di kalangan pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah.

Hadiah
event
Pertama RM100 X 1 orang + Sijil
event
Kedua RM70 X 1 orang + Sijil
event
Ketiga RM50 X 1 orang + Sijil
event
Saguhati RM25 X 8 orang + Sijil
Syarat Pertandingan
  1. Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di Johor.
  2. Peserta diWAJIBkan menggunakan telefon pintar (smart phone), komputer atau komputer riba bagi menyertai pertandingan ini.
  3. Penganjur pertandingan TIDAK AKAN menyediakan telefon pintar (smart phone), komputer atau komputer riba untuk peserta.
  4. Pertandingan dijalankan secara atas talian (on-line).
  5. Peserta perlu pilih pautan kuiz yang disediakan di bawah untuk menjawab soalan-soalan kuiz di dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  6. Pertandingan kuiz ini akan dijalankan sebanyak SATU pusingan sahaja.
  7. Tiada nota dibenarkan untuk digunakan semasa pertandingan.
  8. Penganjur pertandingan BERHAK untuk membatalkan penyertaan yang didapati melanggar atau tidak mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan.
  9. Penganjur pertandingan berhak untuk menukar, meminda, memotong atau menambah terma dan syarat pertandingan ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan semua peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

Penjurian Pertandingan

  1. Setiap jawapan yang diberikan akan dinilai oleh sistem kuiz.
  2. Sekiranya markah adalah sama antara peserta maka masa menjawab yang terpantas akan dikira sebagai pemenang.
  3. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang bantahan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
  4. Pemenang pertandingan akan diumumkan semasa Majlis Perasmian Penutup Informatica HR Exlep 2021 pada 2 Discember 2021.

Pendaftaran

  1. Pelajar wajib mendaftar untuk menyertai pertandingan kuiz ini.
  2. Penyertaan peserta dari sekolah yang sama terhad kepada 10 penyertaan sahaja.
  3. Pautan pendaftaran adalah seperti berikut: https://forms.gle/BvhRcWBGQnCyEzWg6
  4. Tarikh tutup pendaftaran pertandingan adalah pada 27 November 2021.
  5. Sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia pertandingan :
    i. Puan Mimi Dalina Binti Ibrahim di talian 019-7917725 atau;
    ii. Puan Nor Azahana Binti Abdul Rahim di talian 017-6594376

Pautan Soalan Kuiz ICT

  1. Tarikh pertandingan adalah pada 28 November 2021 jam 8.30 malam sehingga jam 9.30 malam.
  2. Pautan pertandingan adalah seperti berikut: https://forms.gle/UTutPKxDskgnrTjW7