AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI
Unit kokurikulum bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum para pelajar. Unit ini menyelia para pelajar melalui Kelab Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar dalam perjalanan aktiviti pelajar di dalam dan luar kampus. Kelulusan aktiviti pelajar yang memerlukan belanjawan melebihi RM3,000 ditentukan oleh jawatankuasa (ATAP) di mana mesyuarat diadakan sekurang-kurangnya dua kali sebulan sementara belanjawan aktiviti di bawah kos RM3,000 hanya akan diluluskan oleh Pengerusi ATAP. Walau bagaimanapun, pelajar mestilah menyerahkan kertas kerja kepada Jabatan Pengurusan Pelajar selewat-lewatnya sebulan sebelum aktiviti bermula.
Unit ini menawarkan perkhidmatan seperti:
- Pendaftaran kelab dan persatuan
- Khidmat nasihat dalam perlaksanaan aktiviti
- Koordinasi aktiviti
KPTM senantiasa komited dalam menyokong gaya hidup sihat dalam pembangunan semangat kesukanan di kalangan pelajar dan staf. Oleh itu KPTM menyediakan kemudahan untuk pelajar dan staf dalam melakukan aktiviti rekreasi, latihan persiapan dan pengurusan pertandingan.