Sejarah Kampus

Sejarah Kolej Poly-Tech MARA Kampus Cawangan Batu Pahat bermula pada tahun 1995. Ia mula beroperasi di tingkat atas sebuah deretan rumah kedai di Jalan Rahmat, Batu Pahat dengan nama Institut Perdagangan MARA (IPM). Diawal penubuhannya, ia hanya fokus kepada menjalankan kursus-kursus jangka pendek. Kakitangan pada masa itu adalah seramai 12 orang (6 orang pentadbiran, 6 orang akademik)

Pada 2000, operasi KPTM Batu Pahat telah berpindah ke Bangunan Tabung Haji di Jalan Timah Sari, Batu Pahat dengan nama Akademi Infotech MARA Batu Pahat (AIM). Ketika itu juga, KPTM Batu Pahat mula menawarkan program diploma (IT dan Rangkaian Komputer)

Tahun 2004, AIM telah digabungkan dengan Kolej Yayasan Pelajaran MARA dan didaftarkan sebagai Kolej Poly-Tech MARA. Berkuatkuasa 1 Januari 2004 Akademi Infotech MARA ditukar nama kepada Kolej Poly-Tech MARA dan kini KPTM Batu Pahat fokus kepada bidang Teknologi Maklumat, Sistem , Rangkaian Komputer, Perniagaan dan Grafik peringkat diploma.