Kata kata aluan Pengarah

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KOLEJ POLYTECH MARA KAMPUS CAWANGAN BATU PAHAT

            Kolej Poly- Tech MARA, (KPTM ) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Yayasan Pelajaran MARA merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang dimiliki sepenuhnya oleh Kolej Poly- Tech MARA Sdn. Bhd. KPTM kini mempunyai 9 buah kampus di seluruh negara dan menawarkan pelbagai bidang kursus yang kompetitif.

Kolej Poly- Tech MARA Batu Pahat pula sebelum ini dikenali sebagai Akademi Infotech MARA Batu Pahat. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1995 dengan visi untuk menyedia dan menawarkan ilmu pengetahuan serta kemahiran kepada Bumiputera terutamanya didalam bidang Teknologi Maklumat. Pelajar-pelajar kami datang dari  seluruh negara, mereka mengikuti pengajian didalam pelbagai bidang yang di tawarkan di sini, majoriti daripada mereka lulus dengan keputusan yang cemerlang. Mereka boleh mencapai cita-cita mereka sekali gus membantu mereka untuk memulakan kerjaya dalam bidang yang mereka minati.

Selaras dengan moto kami iaitu pusat pembelajaran yang berpusatkan kepada anda, kami sentiasa beriltizam untuk memberikan mutu perkhidmatan dan pembelajaran yang terbaik. Ini dibuktikan dengan pencapaian kami di dalam penarafan ISO, MyQuest, 5S dan sebagainya. Penambahbaikan dari sudut kualiti pengajaran dan pembelajaran sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa selaras dengan perkembangan di sektor industri bagi memastikan pelajar-pelajar kami sentiasa mampu berdaya saing di pasaran kerjaya.

             Kami juga sentiasa berusaha untuk menaik taraf infrastruktur kami seiringan dengan kemasukan dan pengambilan pelajar yang meningkat dari masa ke semasa, pelajar dapat mengakses kemudahan wifi di dalam kampus dan asrama , penyediaan rujukan edisi teks di perpustakaan, persekitaran yang selesa dan kemudahan yang mencukupi di makmal komputer, dewan peperiksaan, pusat koperasi dan asrama yang selesa. Sistem pengurusan pelajar juga dipertingkatkan bagi memastikan semua maklumat diurus dengan cekap .
pengarahZaidi

Umum sedia maklum bahawa kerjaya atau guna tenaga didalam bidang teknologi maklumat amatlah penting didalam pembangunan sesebuah negara. Teras-teras dalam bidang teknologi maklumat boleh dikelaskan kepada grafik, animasi, laman web, permainan- pembangunan, sistem multimedia dan banyak lagi. KPTM Batu Pahat berkemampuan dalam menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sangat diperlukan dalam bidang ini.

Setelah tamat pengajian disini, saya yakin bahawa graduan akan dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam bidang-bidang tersebut dan telah bersedia untuk menempuhi bidang perkerjaan atau mereka boleh melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi sekali gus akan menyediakan anda untuk masa depan yang lebih cerah dalam pembangunan teknologi maklumat negara kita.

Akhir sekali , secara peribadi, saya menasihatkan para pelajar untuk merebut peluang yang terhidang dan sekali gus akan menjadi insan yang cemerlang dan dapat menyumbang didalam pembangunan negara kita.

Mohd. Zaidi Bin Zakaria
Pengarah
KPTM Batu Pahat